Malaysia
mula mengambil bahagian dalam PISA pada tahun 2010 (PISA 2009+),
dan seterusnya pada tahun 2012 dan 2015. Bagi Kajian PISA 2015, sebanyak
230 buah sekolah seluruh Malaysia yang melibatkan 9,660 orang murid,
230 orang pentadbir dan 5,750 orang guru telah dipilih sebagai sampel.
Sekolah dan murid yang mengambil bahagian telah dipilih secara rawak
oleh pihak OECD. Buat julung kali juga, pentadbiran PISA 2015 telah
dilaksanakan secara berasaskan komputer dan Malaysia tidak ketinggalan
untuk turut serta menggunakan kaedah ini.
Bagi literasi Matematik, keupayaan murid-murid adalah diukur dari segi :
- Membina rumus, menggunakan dan mentafsir matematik dalam pelbagai konteks.
- Memberi hujah secara matematik.
- Mengguna konsep, prosedur, fakta dan alat matematik untuk menghurai, menerang dan meramal fenomena.
- Membantu individu mengenai peranan yang dimainkan oleh matematik dalam kehidupan.
- Membuat pertimbangan dan keputusan yang kukuh sebagai warga yang konstruktif, prihatin dan reflektif.
PERSEDIAAN UNTUK PISA 2018
- Penyediaan komputer di sekolah dengan sistem pengoperasian Windows XP dan ke atas yang menyokong penggunaan USB pendrive dengan kelajuan 3.0.
- Kajian Rintis pada April-Mei 2017.
Sebagai lanjutan…Laporan PISA 2015
No comments:
Post a Comment