Penggunaan sistem pengiraan abakus merupakan salah satu model
matematik membolehkan murid menguasai aritmetik mental.
Enam Sebab Utama Penggunaan Abakus Dan
Aritmetik Mental Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik:
- Penumpuan : Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia akan meningkatkan penumpuan murid.
- Ingatan : Kedua-dua otak kiri dan otak kanan aktif apabila menggunakan abakus. Otak kanan mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara mental.
- Gambaran Dan Inspirasi : Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.
- Pemerhatian : Latihan secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.
- Kepantasan : Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama mengelakkan daripada kesilapan.
- Membaca Dan Mendengar : Kebolehan membaca secara kuat, memahami dan memproseskan maklumat untuk menyelesaikan masalah dengan pantas.
Perkembangan Program Abakus Di Malaysia:
- Abakus pertama kali diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1994. Pada peringkat awal, abakus jenis 5:2 yang dikenali sebagai sempoa digunakan.
- Sistem perwakilan nombor pada sempoa jenis 5:2 adalah kurang berkesan dan penggunaan sempoa sebagai alat pengiraan tidak selaras dengan perkembangan terkini.
- Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk menggunakan abakus 4:1. Dalam masa yang sama idea Aritmetik Mental juga diintegrasikan dalam program abakus.
- Dari tahun 1996 hingga 2010, kurikulum abakus tidak dilaksanakan secara formal di sekolah tetapi program latihan abakus untuk guru dijalankan di sekolah rendah Malaysia secara formal.
No comments:
Post a Comment