Thursday, May 25, 2017

TIMSS


TIMSS merupakan satu kajian penandaarasan antarabangsa anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan kajian yang ditawarkan ialah TIMMS Gred 4, TIMSS Gred 8 dan TIMSS Advanced.

Malaysia memilih untuk menyertai TIMSS Gred 8 yang menilai prestasi murid Tingkatan 2.
Penyertaan Malaysia adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran sains dan matematik dalam kalangan pelajar berbanding rakan mereka di negara-negara lain.
TIMSS dilaksanakan dalam kitaran setiap empat tahun. Malaysia mula menyertai TIMSS pada 1999 dan dikuti dengan 2003, 2007, 2011 dan 2015.

Malaysia mencatatkan peningkatan memberangsangkan bagi subjek Sains dan Matematik dalam kajian penandaarasan Gred 8, laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015.

Bagi subjek Matematik, beliau berkata Malaysia merupakan antara 18 negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian dengan mencatatkan skor 465 mata untuk menduduki tempat ke-22, naik empat anak tangga dengan 440 mata pada 2011.

Khair berkata penyertaan dalam TIMSS memberikan manfaat yang sangat bermakna bagi pemutus dasar merancang dan menambah baik pendidikan negara untuk penyediaan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Pada masa yang sama, Malaysia menyasar untuk mencatatkan skor 500 mata dalam subjek Matematik dan Sains pada TIMSS 2019.

Sebagai lanjutan…TIMSS 2015

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL - PENTAKSIRAN

Artikel 1 Tajuk Jurnal      : PENGGUNAAN PENILAIAN FORMATIF SEBAGAI PROSES                                MELENGKAPKAN GELUNG: SATU USAH...