Kretiria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah memerlukan pelajaran
yang tinggi dan latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan
profesional, mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan,
mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti.
Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan
diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah
pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata
pelajaran yang diajar dan mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar
sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran
dan teknik-teknik pengajaran yang betul.
Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang
mencabar dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong
Kiet Wah, 2010). Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku
manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang
profesional yang berkesan. Ciri-ciri profesion perguruan adalah
perkhidmatan unik, pengetahuan dan kemahiran, latihan khusus, autonomi,
tanggungjawab, badan profesional dan kod etika.
No comments:
Post a Comment