Artikel 1
Tajuk Jurnal : KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DAN
SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Penulis Jurnal : Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad
Ulasan:
Artikel 2
Tajuk Jurnal : ANALISIS KEPERLUAN KURIKULUM PENDIDIKAN VOKASIONAL
PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN (LD) DI MALAYSIA
Penulis Jurnal : ZAINUDIN MOHD. ISA, NORANI SALLEH, RAMLEE MUSTAPHA &
HANAFI MOHD YASSIN
Ulasan:
Artikel 3
Tajuk Jurnal : PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KURIKULUM
BERASASKAN BERMAIN BAGI ASPEK PEKEMBANGAN BAHASA
DAN LITERASI MURID PRASEKOLAH
Penulis Jurnal : SHARIFAH NOR PUTEH & ALIZA ALI
Ulasan:
Tajuk Jurnal : KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DAN
SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Penulis Jurnal : Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad
Ulasan:
Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia.
Seramai 137 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu
hingga tahun empat dari program SPM dan SPN terlibat sebagai responden
dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik
dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori model CIPP. Kategori
yang dinilai adalah contexts, input, process dan product di mana ianya
mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan
pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar.
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan masih banyak usaha
yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan
program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia lebih memuaskan pelajar.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : ANALISIS KEPERLUAN KURIKULUM PENDIDIKAN VOKASIONAL
PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN (LD) DI MALAYSIA
Penulis Jurnal : ZAINUDIN MOHD. ISA, NORANI SALLEH, RAMLEE MUSTAPHA &
HANAFI MOHD YASSIN
Ulasan:
Tujuan kajian ini adalah melakukan analisis keperluan terhadap kurikulum
pendidikan vokasional pelajar bermasalah pembelajaran (MP) di peringkat
sekolah menengah di Malaysia. Analisis keperluan ini antaranya
bertujuan untuk menentukan sejauhmana kesesuaian kurikulum vokasional
sedia ada terhadap keperluan pelajar MP; mengenalpasti bidang-bidang
kemahiran yang diperlukan oleh pelajar MP; mengenalpasti corak dan
pasaran kerjaya yang diperlukan di masa depan. Kajian ini menggunakan
kaedah kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan menggunakan soal
selidik dan temu bual terhadap 111 orang responden yang terdiri daripada
guru yang mengajar di program pendidikan khas, ibubapa pelajar MP,
wakil NGO, majikan bekas pelajar MP, pentadbir pendidikan dan pakar
dalam pendidikan vokasional bagi mendapatkan maklum balas tentang asas
keperluan untuk mewujudkan kurikulum vokasional bagi pelajar MP serta
cadangan berkaitan bentuk, perlaksanaan dan penilaian kurikulum
tersebut. Dapatan kajian mendapati: (1) pelajar MP kurang memiliki
kemahiran bekerja mungkin kerana kurikulum sedia ada didapati bersifat
terlalu umum dan lebih menekankan aspek akademik yang tidak sesuai
dengan keperluan pelajar MP; (2) Terdapat beberapa bidang kemahiran
kerjaya yang dikenalpasti sesuai diajar kepada pelajar MP; (3) pelajar
MP di masa hadapan memerlukan kemahiran vokasional yang berteknologi
tinggi sesuai dengan kehendak semasa; (4) penawaran kerja di masa
hadapan untuk pelajar MP adalah berasaskan kemahiran berbanding
kelayakan akademik.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KURIKULUM
BERASASKAN BERMAIN BAGI ASPEK PEKEMBANGAN BAHASA
DAN LITERASI MURID PRASEKOLAH
Penulis Jurnal : SHARIFAH NOR PUTEH & ALIZA ALI
Ulasan:
Berdasarkan jurnal ini, pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum
berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan murid secara
aktif seperti belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat
eksperimen dan cuba jaya. Artikel ini membincangkan dapatan kajian
tentang persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan main
dalam aspek perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Empat
agensi utama pengelola pendidikan prasekolah yang terlibat dalam kajian
ini ialah KPM, KEMAS, JPN, dan swasta. Kaedah kuantitatif melalui soal
selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Sampel terdiri daripada 60
guru prasekolah dari daerah Hulu Langat Selangor, namun hanya 51 borang
soal selidik berjaya dikembalikan. Pemilihan sampel soal selidik
dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan semua responden
mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan kurikulum berasaskan
main tetapi tidak pasti bagaimana dijalankan. Ujian ANOVA Satu Hala
menunjukkan jenis prasekolah, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar
guru bukan faktor utama yang menentukan tahap pemahaman dan persepsi
guru terhadap kurikulum berasaskan main dalam aspek perkembangan bahasa
dan literasi murid. Hasil perbandingan persepsi guru dalam kajian ini
diharap dapat memberi kesedaran tentang pentingnya mengintegrasikan
aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran serta kolaborasi
antara empat agensi pengelola pendidikan prasekolah negara perlu
diwujudkan bagi memantapkan kurikulum kebangsaan prasekolah terutamanya
aspek pendekatan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment