Artikel 1
Tajuk Jurnal : PROGRAM PENDIDIKAN GURU TEKNIK DAN VOKASIONAL YANG
CEMERLANG
Penulis Jurnal : WARNOH KATIMAN & NORASMAH HJ. OTHMAN
Ulasan:
Artikel 2
Tajuk Jurnal : PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU
SEKOLAH MENENGAH
Penulis Jurnal : Khalid Johari – UMS, Zurida Ismail – USM , Shuki Osman – USM &
Ahmad Tajuddin Othman – USM
Ulasan:
Artikel 3
Tajuk Jurnal : ANJAKAN SEDIA GURU
Sumber Artikel : HARIAN METRO
Ulasan:
Tajuk Jurnal : PROGRAM PENDIDIKAN GURU TEKNIK DAN VOKASIONAL YANG
CEMERLANG
Penulis Jurnal : WARNOH KATIMAN & NORASMAH HJ. OTHMAN
Ulasan:
Kertas kerja ini akan menganalisa secara teori mengenai aspek
kecermelangan yang diperlukan oleh guru teknik dan vokasional mengikut
pandangan para sarjana perguruan dalam bidang teknik dan vokasional. Di
samping itu, kertas ini juga akan mengupas isu mengenai sejauh mana guru
teknik dan vokasional yang sedang berkhidmat di negara kita mempunyai
kriteria dan ciri-ciri kecemerlangan sebagaimana yang dijelaskan oleh
pakar bidang tersebut. Berdasarkan teoritikal tentang guru teknik dan
vokasional yang sewajarnya dengan realiti guru kategori ini dalam
perkhidmatan perguruan di Malaysia masa kini, maka banyak persoalan
timbul. Antaranya ialah sejauh mana kemampuan, kebolehan dan kemahiran
guru-guru ini dalam menyediakan pelajar lepasan sekolah yang mampu
berfungsi sebagai sumber tenaga mahir atau separa-mahir dalam bidang
teknik dan vokasional sepertimana yang diperlukan negara dalam usaha
menjadi sebuah negara industri maju dan berteknologi canggih selaras
dengan matlamat Wawasan 2020. Sehubungan itu, kertas kerja ini juga akan
membincangkan bagaimanakah seharusnya program pendidikan bagi guru
teknik dan vokasional perlu dirancang, diuruskan pelaksanaannya dengan
cekap bagi menghasilkan guru-guru teknik dan vokasional yang cemerlang
ke arah menyediakan sumber tenaga berdaya saing, berketrampilan dan
berciri global bagi memenuhi pasaran industri abad 21. Pengalaman
latihan guru teknik dan vokasional negara di Korea Selatan akan
dijadikan sebagai rujukan dalam perbincangan.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU
SEKOLAH MENENGAH
Penulis Jurnal : Khalid Johari – UMS, Zurida Ismail – USM , Shuki Osman – USM &
Ahmad Tajuddin Othman – USM
Ulasan:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh
faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman
mengajar ke atas kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah
menengah di Sabah. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers’
Sense of Efficacy Scale (TSES) yang melibatkan 928 orang guru di 22 buah
sekolah menengah dalam empat daerah. Menerusi analisis ANOVA, mendapati
terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi
efikasi guru di kalangan guru-guru mengikut jenis latihan guru dan
pengalaman mengajar. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru keluaran
program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam
kepercayaan efikasi guru berbanding guru-guru keluaran program lain.
Manakala guru-guru yang telah mengajar melebihi tujuh tahun lebih
berefikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang
daripada tujuh tahun. Implikasi dapatan kajian juga dibincangkan.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : ANJAKAN SEDIA GURU
Sumber Artikel : HARIAN METRO
Ulasan:
Berdasarkan artikel ini, kerjaya perguruan dilihat sebagai bukan kerjaya
pilihan lagi. Malah pernah suatu ketika ia menjadi pilihan terakhir
graduan jika tiada kerjaya lain atau gagal memperoleh sebarang pekerjaan
bersesuaian kelulusan yang ada. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng memberitahu Harian Metro
bahawa ada segelintir guru ketika ini menjadikan profesion itu sebagai
kerja tangkap muat semata-mata. Ada sesetengah guru baru tiada jiwa
sebagai seorang yang mahu mendidik anak bangsa menjadi orang berguna
pada masa depan dan menjadikan bidang perguruan sebagai batu loncatan
saja. Kerana , kerajaan iangin mengubah sistem dengan memberi sokongan
kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras seperti Matematik,
Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam tempoh pelaksanaan ini,
tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran
dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem,
meningkatkan kualiti kepemimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan
pelantikan dan melatih pengetua/guru besar dan meningkatkan kadar
literasi (BM dan BI serta numerasi menerusi program pemulihan yang
intensif. Kerana itu, mengikut pelan berkenaan, kementerian akan
mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan
hanya 30 peratus teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai
profesion perguruan. Selain itu, kementerian akan memastikan guru
memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan
beban pentadbiran - polemik hangat yang dikatakan sering menjadi masalah
kepada guru yang dinaikkan pangkat kerana dibebankan dengan tugas yang
‘bertimbun-timbun’ sama ada dalam atau di luar waktu mengajar;
memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan kepemimpinan, pakar
pengajaran dan pakar bidang khusus dan mempertimbangkan untuk mewujudkan
satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.
No comments:
Post a Comment