Saturday, May 27, 2017

ISU : KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

ISU : KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN


Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)

Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)

Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.

Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain. Contohnya: KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KONSEP KURIKULUM

Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-

  • Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri- ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.
  • Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.
  • Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
  • Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.
  • Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. Contohnya: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.

Namun isu perlaksanaan kurikulum di peringkat sekolah seringkali timbul dan menyebabkan perlaksanaannya di peringkat sekolah sering menjadi kekangan. Isu yang berkaitan dengan kurikulum misalnya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop,mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiapmata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya sering dipersoalkan.

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL - PENTAKSIRAN

Artikel 1 Tajuk Jurnal      : PENGGUNAAN PENILAIAN FORMATIF SEBAGAI PROSES                                MELENGKAPKAN GELUNG: SATU USAH...