Artikel 1
Tajuk artikel : KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Sumber : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
Ulasan:
Artikel 2
Tajuk artikel : KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH
Penulis artikel : CHEE KIM MANG
Ulasan:
Artikel 3
Tajuk Artikel : AMALAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Penulis Artikel : ROSNAH BINTI ISHAK, MUHAMMAD FAIZAL BIN A. GHANI & SAEDAH SIRAJ
Ulasan:
Tajuk artikel : KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Sumber : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
Ulasan:
Artikel menjelaskan Professional Learning Community (PLC) yang merujuk
kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif
serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour,
Eaker, & Many, 2006). Untuk itu, pada tahun 2011 Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) telah melaksanakan PLC bermula dengan strategi “Lesson
Study‟ kepada 289 panitia mata pelajaran di 289 buah sekolah berprestasi
rendah. Usaha ini diteruskan pada tahun 2012 kepada 107 panitia mata
pelajaran di 107 buah sekolah. Selain daripada “Lesson Study‟,
strategi-strategi PLC yang lain seperti Pembimbing Rakan Sebaya (Peer
Coaching), Jejak Pembelajaran (Learning Walk) dan Sesi Perkongsian
(Sharing Sessions) telah diperluaskan. Kesimpulan yang di ambil dari
artikel ini, sangat penting untuk guru menyedari bahawa faedah dan
manfaat yang diperolehi melalui Lesson Study menjangkaui proses yang
dilalui. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan
secara langsung oleh guru-guru dalam sesi pengajaran mereka di bilik
darjah. Budaya Lesson Study diharapkan dapat memupuk kesedaran guru
untuk lebih komited dan berdedikasi terhadap profesion perguruan.
Artikel 2
Tajuk artikel : KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH
Penulis artikel : CHEE KIM MANG
Ulasan:
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kepuasan pihak pentadbir
sekolah terhadap guru permulaan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan
guru permulaan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) keluaran sebuah
institut perguruan di Malaysia. Kumpulan guru permulaan ini mula
berkhidmat sebagai guru sekolah selama enam bulan pertama mereka
ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kajian ini
menggunakan reka bentuk tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan
instrumen Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP). Kaedah persampelan
rawak bersistematik digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 105 set soal
selidik telah diposkan ke sekolah-sekolah di mana guru permulaan
ditempatkan di seluruh Malaysia. Sebanyak 83 (79.1%) set soal selidik
telah dikembalikan oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Kertas kerja ini
akan membincangkan tahap kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap empat
aspek iaitu: (i) kualiti diri; (ii) pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah; (iii) pelaksanaan aktiviti kokurikulum
di sekolah; dan (iv) pengurusan kerja di mana guru permulaan itu
ditempatkan. Beberapa isu, cabaran dan harapan yang disuarakan oleh
pihak pentadbir tentang guru permulaan keluaran institut perguruan juga
dibincangkan.
Artikel 3
Tajuk Artikel : AMALAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Penulis Artikel : ROSNAH BINTI ISHAK, MUHAMMAD FAIZAL BIN A. GHANI & SAEDAH SIRAJ
Ulasan:
Menurut artikel ini, guru yang berkualiti akan menghasilkan pelajar yang
berkualiti. Oleh itu, guru-guru hendaklah mengambil usaha unruk
meningkatkan diri mereka dengan belajar secara berterusan. Ini boleh
dijalankan dengan belajar secara individu dan berkumpulan, secara formal
dan tidak formal sangat penting bagi kalangan guru untuk meningkatkan
lagi ilmu dan profesionalisme mereka. Kertas kerja ini melaporkan
tentang latihan guru secara individu dan berkumpulan. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan yang mana borang soal selidik telah diedarkan
sebanyak 321 di 14 buah sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Hasil kajian
menunjukkan analisis skor purata yang ditunjukkan oleh pembelajaran
secara individu adalah tinggi. Manakala latihan guru secara berkumpulan
juga menunjukkan skor purata pada tahap yang tinggi. Ujian Mann
Whitney-U menyatakan perbezaan yang signifikan beberapa amalan di antara
dua jenis SBT iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah
Menengah Bantuan Rakyat (SBP).
No comments:
Post a Comment