JURANG PENDIDIKAN
Antara jurang utama dalam pendidikan di Malaysia:
- Jurang diantara bandar dan luar bandar dimana ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah-sekolah pedalaman di seluruh negara.
- Jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid.
- Jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemahan murid dalam menguasai 3M.
- Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas.
FAKTOR - FAKTOR BERKAITAN DENGAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. FAKTOR KELAS SOSIAL
Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat.
2. FAKTOR JANTINA
Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang
pendidikan di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan
lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih
kearah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan
bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi
mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau
vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.
3. FAKTOR DARIPADA KUMPULAN MINORITI DAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam
faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama
ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan
etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu
mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Mereka adalah kaum Penan, Siam,
Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan
sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah
sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Penan
contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah
kerana sosioekonomi dan geografi tempat tinggal mereka yang jauh di
pedalaman. Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang
dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingkah laku
mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun
mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh hal yang demikian,
pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka
ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.
No comments:
Post a Comment