Artikel 1
Tajuk Jurnal : MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR
Penulis Jurnal : ZALIKA ADAM, FARIDAH KASSIM & MOHAMAD JOHDI SALLEH
Ulasan
Artikel 2
Tajuk Jurnal : KRISIS PENDIDIKAN MENCEMASKAN: ‘PEMBUNUH SENYAP’ POTENSI INDIVIDU
Penulis Jurnal : NUR FADHILAH ZAHARIN
Ulasan
Artikel 3
Tajuk Jurnal : SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: DASAR, CABARAN, DAN
PELAKSANAAN KE ARAH PERPADUAN NASIONAL
Penulis Jurnal : MIOR KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN
Ulasan
Tajuk Jurnal : MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR
Penulis Jurnal : ZALIKA ADAM, FARIDAH KASSIM & MOHAMAD JOHDI SALLEH
Ulasan
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan
luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama
rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian
ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah
kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan
keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan
infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini
menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Pengkaji juga menyatakan,
pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu
mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan
2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar,
mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang
diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk
teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan
kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang
seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : KRISIS PENDIDIKAN MENCEMASKAN: ‘PEMBUNUH SENYAP’ POTENSI INDIVIDU
Penulis Jurnal : NUR FADHILAH ZAHARIN
Ulasan
Menurut petikan jurnal, sebanyak RM54.6 bilion pada tahun 2014 telah
diperuntukkan oleh kerajaan dalam sektor pendidikan namun masih tidak
dapat untuk menyelesaikan masalah jurang pendidikan di sekolah Bandar
dan luar Bandar. Menurut penulis jurnal, anak-anak di sekolah mempunyai
peluang yang tipis untuk mengenalpasti bakat yang ada dalam diri mereka.
Ini kerana bidang yang ditawarkan di sekolah terlalu terhad. Menurut
analisis yang dibuat oleh Pejabat Parlimen Lembah Pantai, pelajar
Tingkatan 3 di Malaysia setaraf dengan murid Tahun 5 di Singapura dan
Korea Selatan. Jurnal ini menjelaskan proses pembelajaran murid di
Malaysia hanya digunakan untuk menjana pendapatan tetapi bukan untuk
menjana idea.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: DASAR, CABARAN, DAN
PELAKSANAAN KE ARAH PERPADUAN NASIONAL
Penulis Jurnal : MIOR KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN
Ulasan
Menurut jurnal ini, sistem pendidikan merupakan asas penting bagi
membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia
merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar
yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar
pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi
pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat
dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Pengkaji juga menyatakan,
setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang
kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem
persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina,
dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Pengkaji menyarankan pihak kerajaan
perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan
dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah
menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan
baik dan telus.
No comments:
Post a Comment