Artikel 1
Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN
Penulis Jurnal : CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA BINTI ABDULLAH & HAZMAN
BIN ALI
Ulasan:
Artikel 2
Tajuk Jurnal : ICT DALAM PENDIDIKAN: PROSPEK DAN CABARAN DALAM PEMBAHARUAN PEDAGOGI.
Penulis Jurnal : ROBIAH SIDIN & NOR SAKINAH
Ulasan:
Artikel 3
Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL: SIKAP GURU, PERANAN ICT DAN KEKANGAN / CABARAN PENGGUNAAN ICT
Penulis Jurnal : TING KUNG SHIUNG & WOO YOKE LING
Ulasan:
Artikel 4
Tajuk Jurnal : TRENDS AND ISSUES TO INTEGRATE ICT IN TEACHING LEARNING FOR THE FUTURE WORLD OF EDUCATION.
Penulis Jurnal : MD. AKTARUZZAMAN, MD. RASHEDUL HUQ SHAMIM & CHE KUM
CLEMEN
Ulasan:
Artikel 5
Tajuk Jurnal : INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : CIRI – CIRI DAN APLIKASINYA.
Penulis Jurnal : SAHARANI BT. ABDULLAH, NAZILA BT. ABDULLAH, SITI
RAFIDAH BT. BACHOK & R. KALYANI.
Ulasan:
Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN
Penulis Jurnal : CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA BINTI ABDULLAH & HAZMAN
BIN ALI
Ulasan:
Kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran,
sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di
kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon
Pantai Remis Beruas. Sampel kajian yang digunakan untuk mewakili
populasi seramai 120 orang. Data yang dikumpul di analisis secara kaedah
statistik deskriptif. Dapatan penyelidikan ini menunjukkan tahap
pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan
guru-guru pula adalah rendah.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : ICT DALAM PENDIDIKAN: PROSPEK DAN CABARAN DALAM PEMBAHARUAN PEDAGOGI.
Penulis Jurnal : ROBIAH SIDIN & NOR SAKINAH
Ulasan:
Menurut kajian ini, kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk
melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang
diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding
dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Melalui kajian ini,
guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan
penyelesaikan masalah iaitu dengan membina laman web secara bekerja
dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah
ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah
lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua
pautannya berfungsi.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL: SIKAP GURU, PERANAN ICT DAN KEKANGAN / CABARAN PENGGUNAAN ICT
Penulis Jurnal : TING KUNG SHIUNG & WOO YOKE LING
Ulasan:
Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan penggunaan komputer dalam
menjana dan menggembangkan idea dan kreativiti guru-guru dalam proses
PdP. Pengkaji melihat penggunaan ICT dalam PdP di Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal ini juga merupakan sebuah kajian yang mengandungi
17 muka surat mencadangkan penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan
kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran
kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi
dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan
komputer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.
Artikel 4
Tajuk Jurnal : TRENDS AND ISSUES TO INTEGRATE ICT IN TEACHING LEARNING FOR THE FUTURE WORLD OF EDUCATION.
Penulis Jurnal : MD. AKTARUZZAMAN, MD. RASHEDUL HUQ SHAMIM & CHE KUM
CLEMEN
Ulasan:
Menurut pengkaji, kemunculan teori-teori pembelajaran dari masa ke masa
mencerminkan kebimbangan pendidik untuk meneroka proses, faktor dan
keadaan yang terlibat dalam pembelajaran manusia. Penggunaan teori-teori
pembelajaran utama sentiasa berubah dan mengubah kaedah PdP. Dalam
kajian ini, pengkaji menggabungkan penggunaan beberapa ICT seperti
internet, video, audio, grafik, teks, imej, dan lain-lain untuk
membekalkan pelajar dengan pengalaman apa yang sedang dipelajari secara
lansung. Menurut kajian ini juga, usaha telah dibuat untuk menganalisis
situasi semasa untuk mengenal pasti kekangan dan kemungkinan dalam
penggunaan ICT dalam profesion perguruan.
Artikel 5
Tajuk Jurnal : INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : CIRI – CIRI DAN APLIKASINYA.
Penulis Jurnal : SAHARANI BT. ABDULLAH, NAZILA BT. ABDULLAH, SITI
RAFIDAH BT. BACHOK & R. KALYANI.
Ulasan:
Kertas kerja ini memaparkan dalam teks utamanya ciri-ciri internet yang
membolehkan ia dianggap sebagai media pengajaran dan pembelajaran dan
memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di dalam sektor pendidikan.
Teks utama ini diikuti dengan perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan
ciri-ciri ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian
internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Dari perbincangan
yang dibentangkan ternyata bahawa kebergunaan internet sebagai media
pengajaran dan pembelajaran masih boleh dipertikaikan. penulis-penulis
kertas ini telah mengulas tentang penggunaan internet sebagai sumber
untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sesuai digunakan sebagai
sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan
murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Di peringkat
sekolah, aplikasi internet adalah seperti mendapatkan rancangan
pengajaran oleh para guru seluruh pelusuk dunia, pelbagai maklumat yang
menarik dan terkini, bahan bacaan. Selain itu, internet juga berperanan
sebagai tempat perkongsian maklumat dan saluran komunikasi. Akhirnya,
penulis-penulis kertas kajian ini mengatakan bahawa kebergunaan
ciri-ciri internet kepada pelajar di negara kita masih terhad. Maka,
apa-apa usaha ke arah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan
pembelajaran perlu diutamakan.
No comments:
Post a Comment