ISU : GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu
belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh,
2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil
maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi
mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran
juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia
sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan
persekitarannya.
Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan
amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula
yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979)
& Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan
pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara
belajar sendiri.
Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan
sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi,
mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah
gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Steward &
Felicetti (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai “keadaan
pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya
pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan
menekankan bagaimana seseorang itu belajar. Tiada ada satu gaya
pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya
pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut.
Seseorang murid A yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam
pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah menggunakan
gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan murid B
yang tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini mungkin disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari jenis gaya
pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya
No comments:
Post a Comment