APA ITU BUDAYA SEKOLAH ???
Banks dan Banks(1993) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang
tersendiri . Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial,
kepercayaan, nilai, simbol, matlamat dan tujuan yang tersendiri.
Deal dan Peterson (1998) mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma
dan nilai, ritual dan tradisi, adat istiadat dan cerita yang terbentuk
menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar
bersama.
Terry Deal(2002), budaya sekolah ialah keadaan yang merangkumi
norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepecayaan,dan tradisi-tradisi
yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak bertulis mengenai cara
berfikir, merasa dan bertindak dalam organisasi.
Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi,
kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang
membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang
dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991).
Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah
dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya
sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999;
Sergiovanni, 2000).
No comments:
Post a Comment