Artikel 1
Tajuk Jurnal : Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses Pembelajaran Secara
Mengalami
Penulis Jurnal : Ruhani Binti Mat Min
Ulasan:
Artikel 2
Tajuk Jurnal : Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran
Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah
Penulis Jurnal : Azizi Yahay & Nurfaizah Abd. Majid
Ulasan:
Artikel 3
Tajuk Jurnal : Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran
Penulis Jurnal : Ahmad Zabidi Abdul Razak
Ulasan:
Tajuk Jurnal : Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses Pembelajaran Secara
Mengalami
Penulis Jurnal : Ruhani Binti Mat Min
Ulasan:
Jurnal ini bertujuan melihat kesan budaya sekolah terhadap pengalaman
pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani
praktikum kaunseling di sekolah. Praktikum kaunseling merupakan latihan
praktis yang perlu dilalui bagi membolehkan seorang kaunselor pelatih
bergraduat dari program latihan yang diikutinya. Pengalaman menjalani
praktikum di sekolah membolehkan kaunselor pelatih mengendalikan
perkhidmatan kaunseling dengan klien yang sebenar. Sepuluh orang
kaunselor pelatih yang ditempatkan di sembilan buah sekolah yang berbeza
terlibat di dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui siri temubual
bersama kaunselor pelatih, iaitu di permulaan, pertengahan dan di akhir
praktikum kaunseling. Mereka juga terlibat dalam penulisan diari secara
mingguan. Pemerhatian dan kajian dokumen berkaitan dilakukan oleh
penyelidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang
dilalui oleh kaunselor pelatih berkaitan dengan budaya yang diamalkan
oleh sesebuah sekolah. Terdapat dua budaya yang utama dipraktiskan di
sekolah, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu
aktiviti yang menyokong perkembangan pelajar dan kedua, tidak menerima
sepenuhnya perkhidmatan kaunseling. Ekoran tidak menerima berkenaan
berlaku isu ketidaksediaan, kurang menghormati dan kurang kerjasama.
Kaunselor pelatih menghadapi pelbagai cabaran semasa berada di
persekitaran sekolah, walaupun begitu mereka juga memperolehi kepuasan,
khususnya apabila dapat menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran
Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah
Penulis Jurnal : Azizi Yahay & Nurfaizah Abd. Majid
Ulasan:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal
sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar
sekolah menengah. Seramai 234 orang responden yang dipilih adalah
berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok iaitu klust er atas
kluster di lima buah sekolah menengah sekitar daerah Pontian, Johor.
Hasil kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan
adalah budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala
gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran
berdasarkan dari aspek visual. Selain itu, terdapat hubungan yang
signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan
dalam kajian ini. Antaranya ialah guru dan pelajar harus mengenal pasti
budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar agar dapat menin
gkatkan pencapaian akademik pelajar.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi
Pembelajaran
Penulis Jurnal : Ahmad Zabidi Abdul Razak
Ulasan:
Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan iklim sekolah yang
berkesan. Pengkaji telah melihat persepsi 97 orang guru dari empat buah
sekolah menengah agama di Selangor. Analisi kajian merangkumi (a)
perlaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan
pekerjaan, (b) pengamalan sikap muraqabah, (c) pengetua mengamalkan
komunikasi terbuka antara guru dan pelajar, (d) komitmen guru terhadap
sekolah tinggi, (e) guru-guru bekerjasama untuk menyelesaikan masalah,
(f) kawasan sekolah kondisif dan aman, dan (g) sikap pelajar yang
positif. Daripada susunan ciri iklim sekolah agama berkesan ini
menunjukkan peranan seluruh warga untuk mengamalkan budaya hidup Islam
sebagai ciri terpenting. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan pemimpin
sekolah berada pada kedudukkan kedua terpenting dalam mencorak kerja,
motivasi, kelicinan,dan keberkesanan organisasi. Kajian turut mendapati
pengikut yang terdiri daripada guru dan kakitangan sekolah mempunyai
pengaruh besar dalam menentukan kejayaan organisasi.
No comments:
Post a Comment