Penulis Jurnal : KAREN NEWSTEAD
Ulasan:
Kajian ini memberi tumpuan kepada kebimbangan matematik murid yang berumur di antara sembilan hingga sebelas tahun. Pengkaji kemudian membuat perbandingkan kebimbangan matematik murid yang diajar dengan cara tradisional dengan pengajaran altenatif yang menekankan strategi penyelesaian masalah dan perbincangan deangan murid itu sendiri. Penemuan kajian mendedahkan murid yang didedahkan kepada pendekatan tradisional mempunyai kebimbangan matematik yang lebih berbanding dengan murid yang telah didedahkan dengan pendekatan alternatif, khususnya berkaitan dengan sosial dan aspek awam ketika melakukan matematik. Kebimbangan matematik yang berkaitan dengan aspek awam ditimbulkan bagi mengetahui sama ada kehadiran guru-guru dan rakan-rakan telah benar-benar membangkitkan kebimbangan matematik dalam diri murid.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : MATHEMATICS ANXIETY AND MATHEMATICS ACHIEVEMENT
Ulasan:
Kajian ini memberi tumpuan kepada kebimbangan matematik murid yang berumur di antara sembilan hingga sebelas tahun. Pengkaji kemudian membuat perbandingkan kebimbangan matematik murid yang diajar dengan cara tradisional dengan pengajaran altenatif yang menekankan strategi penyelesaian masalah dan perbincangan deangan murid itu sendiri. Penemuan kajian mendedahkan murid yang didedahkan kepada pendekatan tradisional mempunyai kebimbangan matematik yang lebih berbanding dengan murid yang telah didedahkan dengan pendekatan alternatif, khususnya berkaitan dengan sosial dan aspek awam ketika melakukan matematik. Kebimbangan matematik yang berkaitan dengan aspek awam ditimbulkan bagi mengetahui sama ada kehadiran guru-guru dan rakan-rakan telah benar-benar membangkitkan kebimbangan matematik dalam diri murid.
Artikel 2
Tajuk Jurnal : MATHEMATICS ANXIETY AND MATHEMATICS ACHIEVEMENT
Penulis Jurnal : BRIAN F. SHERMAN & DAVID P. WITHER
Ulasan:
Ulasan:
Jurnal
ini mengkaji bagi mengukuhkan anggapan bahawa kebimbangan matematik tidak
menyebabkan kemerosotan pencapaian matematik. Menurut pengkaji, pencapaian yang
lebih tinggi secara konsisten akan mengiringi pengurangan kebimbangan matematik
dan rawatan murid boleh mengembalikan prestasi pelajar yang sebelum ini
mempunyai rasa cemas yang tinggi terhadap matematik. Menurut jurnal yang
mengandungi 13 muka surat ini, seramai 66 sampel telah dipilih bagi mewakili
156 populasi. Dapatan kajian mendapati adalah sukar untuk membuat kesimpulan
yang praktikal memandangkan penemuan dapatan yang negatif. Peningkatan prestasi
matematik biasanya dilihat sebagai matlamat program yang direka bentuk untuk
mengurangkan kebimbangan matematik, tetapi keputusan kajian ini tidak
menyokong kesimpulan bahawa program-program ini akan mencapai hasil yang
diharapkan.
Artikel 3
Tajuk Jurnal : MATHEMATICS ANXIETY AMONG 4TH AND 5TH GRADE TURKISH
ELEMENTARY SCHOOL STUDENTS.
Penulis Jurnal : FULYA YÜKSEL-ŞAHIN
Ulasan:
Ulasan:
Menurut jurnal ini, seramai 249 pelajar
telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan oleh
pengkaji mengunakan "Skala
Kebimbangan Matematik Murid Sekolah Rendah" dan "Borang Maklumat Peribadi" untuk pengumpulan data. Sampel
Bebas Ujian-t, Anova satu hala dan ujian Schefee telah digunakan untuk menganalisis
data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebimbangan matematik pelajar berbeza
dengan ketara mengikut jantina, sama ada mereka menyukai kelas matematik atau
tidak, sama ada mereka suka guru matematik mereka atau tidak dan tahap
pencapaian dalam matematik. Pelajar perempuan dilaporkan mempunyai kebimbangan
matematik yang jauh lebih tinggi daripada lelaki. Pelajar yang suka kelas
matematik dan mereka yang suka guru matematik mereka mempunyai kebimbangan yang
lebih rendah.
Artikel 4
Tajuk Jurnal : HUBUNGAN SIKAP, KEBIMBANGAN DAN TABIAT PEMBELAJARAN
DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN.
Penulis Jurnal : ARSAYTHAMBY VELOO & SHAMSUDDIN
MUHAMMAD
Ulasan:
Ulasan:
Kajian
ini dikaji bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan
dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan.
Pengkaji juga ingin mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi
peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan.
Seramai 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara
persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan.
Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi
pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan
tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan
positif yang signifikan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai
hubungan negatif yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan.Kajian
ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai
kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Oleh itu,
mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat
pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu
diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Artikel 5
Tajuk Jurnal : MATHEMATICS ANXIETY AMONG FORM FOUR STUDENTS IN
KUCHING SECONDARY SCHOOLS
Penulis Jurnal : RAHMAH BT MURSHIDI
Ulasan:
Ulasan:
Kajian ini cuba untuk menggambarkan tahap kebimbangan matematik dalam pelajar Tingkatan 4 Sains serta bertujuan untuk menguji sama ada wujudnya kepentingan perbezaan jantina dalam kebimbangan matematik. Sampel kajian yang diperolehi daripada lapan buah sekolah menengah di Kuching seramai 204 orang pelajar. Menurut dapatan kajian, menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan kebimbangan matematik tahap rendah dan sederhana. Tiada jantina yang signifikan perbezaan dalam kebimbangan matematik.
No comments:
Post a Comment