Artikel 1
Tajuk Artikel : ISU DAN STRATEGI KE ARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN
SEKTOR PENGAJIAN TINGGI BERTARAF
Penulis Artikel : DATUK DR. ZULKEFLI BIN A. HASSAN
Ulasan
Artikel 2
Tajuk Artikel : MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN EKUITI
Sumber : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA, MELAKA
Ulasan
Artikel 3
Tajuk Artikel : PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHIIKLIM
BILIK DARJAH
Penulis Artikel : RAHMAD SUKOR AB.SAMAD & SHAHRIR JAMALUDDIN
Ulasan
Tajuk Artikel : ISU DAN STRATEGI KE ARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN
SEKTOR PENGAJIAN TINGGI BERTARAF
Penulis Artikel : DATUK DR. ZULKEFLI BIN A. HASSAN
Ulasan
Penulis menyatakan, pembangunan modal insan adalah merupakan salah satu
aspek penting bagi membangunkan ekonomi negara yang berasaskan
pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan. Kepentingan pembangunan
modal insan untuk pembangunan ekonomi negara jelas dapat dilihat, di
mana teras kedua yang digariskan dalam Misi Nasional yang menjadi asas
kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ke arah merealisasikan
matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
adalah berkait secara langsung dengan pembangunan modal insan. Menurut
penulis lagi, bagi sektor pengajian tinggi, pembangunan modal insan,
terutamanya golongan akademik dan pelajar, adalah sangat penting kerana
golongan ini menjadi antara penyumbang utama ke arah matlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara maju. Walaupun pelbagai usaha telah
dilaksanakan, pembangunan modal insan sektor ini masih menghadapi tiga
(3) isu utama. Untuk menangani isu tersebut, berbagai strategi telah,
sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi
memastikan pembangunan modal insan sektor ini mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Artikel 2
Tajuk Artikel : MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN EKUITI
Sumber : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA, MELAKA
Ulasan
Menurut artikel ini, bagi meluaskan akses, peluang dan laluan ke
pengajian tinggi semua lapisan masyarakat boleh ikut serta tanpa
mengira gender, umur, etnik, bagi golongan miskin di bandar dan luar
bandar, bumiputera di Sabah dan Sarawak, orang Asli dan OKU. Menurut
pengkaji lagi, mana-mana individu boleh mengikuti pendidikan tertiari
pada setiap peringkat mengikut kelayakan dan minat masing-masing melalui
pelbagai mod pembelajaran. Artikel ini juga menjelaskan, ekuiti boleh
ditingkatkan melalui meritokrasi kepelbagaian dan agihan bantuan
kewangan yang seimbang untuk semua pelajar supaya mereka tidak tersisih
dari arus perdana pengajian tinggi.
Artikel 3
Tajuk Artikel : PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHIIKLIM
BILIK DARJAH
Penulis Artikel : RAHMAD SUKOR AB.SAMAD & SHAHRIR JAMALUDDIN
Ulasan
Menurut artikel ini, kebanyakan guru mempunyai ketidaktepatan persepsi
mengenai kepimpinan bilik darjah. Melalui pembacaan artikel ini,
didapati guru beranggapan bahawa Guru Besar dan Pengetua atau kata
lainnya pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan
dengan kepimpinan walhal kepimpinan sebenar adalah terletak di bahu guru
itu sendiri iaitu sebagai pemimpin pengajaran manakalan pentadbir
hanyalah sebagai penyelaras. Guru terlalu mengutamakan pengurusan bilik
darjah sahaja iaitu dari segi pengurusan pengajaran dan pembelajarn dan
sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin
bilik darjah tanpa mengutamakan kepimpinan bilik darjah. Menurut
penulis artikel ini, kemungkinan yang berlaku kerana program latihan
guru yang lebih berfokus kepada amalan di dalam pengurusan bilik darjah.
Kebanyakan contoh tentang maksud kepimpinan yang penulis artikel
kemukakan adalah berpandukan kepada orientalis dan pemikir barat. Begitu
juga tentang konsep kepimpinan guru sebagai pemimpin pengajaran yang
berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasu pembelajaran
profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. Pentadbir dilihat
berperanan dalam memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan
pelajar bagi meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
secara tidak langsung meyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin
pengajaran. Seterusnya kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara
langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan
kurikulum saling berkait rapat antara satu sama lain. Kepimpinan
pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemnagkin pembelajaran
pelajar.
No comments:
Post a Comment