Thursday, May 25, 2017

ARTIKEL - BAHASA PENGHANTAR

Artikel 1
Tajuk Artikel      : ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Penulis Artikel    : MOHD ISHA AWANG

Ulasan


Menurut artikel ini, masyarakat bandar pada masa sekarang semakin mementingkan Bahasa Inggeris menyebabkan Bahasa Melayu semakin tercabar. Ini secara lansung telah menyebabkan perubahan sikap yang ketara para pelajar terhadap Bahasa Melayu. Krisis identiti Bahasa Melayu yang ditukar kepada Bahasa Malaysia juga sedikit sebanyak telah mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini yang akhirnya boleh mengelirukan pelajar. Menurut artikel ini juga, antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru ialah menghasilkan PdP yang kreatif dan inovatif semasa mengajar Bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah juga menyebabkan guru bukan opsyen diarah untuk mengajar subjek ini. Ini boleh menyebabkan guru tersebut tidak dapat mengajar Bahasa Melayu dengan baik bahkan ada guru bukan opsyen mempunyai tahap penguasaan Bahasa Melayu yang lemah.


Artikel 2

Tajuk Artikel     : KESEDIAAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH MELAKSANAKAN
                             PERUBAHAN BAHASA PENGANTAR MATA PELAJARAN SAINS
                             DAN MATEMATIK.

Penulis Artikel   : MOHD RASDI BIN SAAMAH

Ulasan


Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik. Kajian ini meninjau beberapa aspek, iaitu kelayakan akademik guru, pengalaman mengajar Sains dan Matematik, latihan profesional yang dihadiri, kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan, kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT, dan kesediaan sekolah dari aspek prasarana. Kajian ini juga meninjau perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut. Hasil dapatan pengkaji boleh dirumuskan kepada beberapa bahagian: Pertama, dapatan kajian menunjukkan guru-guru terlibat mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah tetapi sebahagian besar daripada mereka berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lemah dalam aspek kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut. Kedua, kajian ini juga mendapati lebih daripada 60.0% guru tidak mempunyai latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan bidang komputer. Ketiga, guru yang ada latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan komputer didapati lebih bersedia untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berbanding mereka yang tiada latihan tersebut. Ketiga, semua sekolah yang terlibat didapati telah dibekalkan prasarana asas untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi sebahagian kecil peralatan masih tidak mencukupi.


Artikel 3

Tajuk Artikel     : SATU TINJAUAN TERHADAP SIKAP DAN MASALAH GURU 
                             BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN

Penulis Artikel   : TAY MENG GUAT

Ulasan


Jurnal ini memuatkan hasil tinjauan tentang sikap dan masalah guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Penemuan kajian mendapati bahawa guru-guru menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran BM dengan min skor 3.28. Guru-guru juga menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran BM di sekolah. Majoriti guru bersetuju bahawa mereka masih perlu mengikuti kursus dalam bidang pedagogi bahasa khasnya yang berkaitan dengan aspek penulisan dan bacaan serta pemulihan dan pengayaan dalam pendidikan BM. Kursus-kursus ilmu bahasa yang menjadi pilihan guru ialah aspek yang berkaitan dengan penulisan, bacaan, morfologi dan sintaksis. Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah penguasaan asas BM yang lemah di kalangan murid dan pengaruh dialek atau gangguan bahasa ibunda murid. Guru juga berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan kurikulum dan pentadbiran.

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL - PENTAKSIRAN

Artikel 1 Tajuk Jurnal      : PENGGUNAAN PENILAIAN FORMATIF SEBAGAI PROSES                                MELENGKAPKAN GELUNG: SATU USAH...