Saturday, May 27, 2017

ARTIKEL - PENTAKSIRAN

Artikel 1
Tajuk Jurnal      : PENGGUNAAN PENILAIAN FORMATIF SEBAGAI PROSES
                              MELENGKAPKAN GELUNG: SATU USAHA PENAMBAHBAIKAN

Penulis Jurnal     : Hamimi Fadziati A. Wahab, Mohd Taufiq Mohd Yusof, Hafizah Husain,
                               Mohd Hairi Mohd Zaman &  Aini Hussain
Ulasan:


Menurut artikel ini, terdapat dua jenis penilaian berasaskan masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu penilaian formatif dan sumatif. Tumpuan kajian adalah tentang penilaian formatif sebagai penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat penggunaan serta keberkesanan penilaian formatif sebagai satu usaha ke arah penambahbaikan dalam proses P&P di JKEES, UKM. Kursus KKKL3133 dan KKKL3143 dijadikan kursus percubaan untuk melihat keberkesanan penggunaannya sebelum diimplementasikan sepenuhnya di Jabatan. Pelaksanaannya adalah berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan pelajar dalam kursus tersebut. Setelah penilaian ini dijalankan, hasil dari pelaksanaannya dianalisa dan pencapaian pelajar ini dibandingkan antara sebelum penilaian dibuat dalam peperiksaan pertengahan dan setelah penilaian diadakan melalui pencapaian peperiksaan akhir. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari penilaian formatif ini digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenal pasti melalui penerapan kaedah melengkapkan gegelung. Dengan itu, penambahbaikan telah dilakukan bagi meningkatkan proses P&P


Artikel 2

Tajuk Jurnal       : PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR: AMALAN GURU-GURU 
                               DI MALAYSIA

Penulis Jurnal     : Suah See Ling, Ong Saw Lan & Shuki Osman

Ulasan:

Kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Satu instrumen, Inventori Amalan Pentaksiran Guru (IAPG) dibina untuk tujuan tersebut. Inventori ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang mengumpul maklumat tentang latar belakang guru, latihan dan pengetahuan pentaksiran guru serta amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 602 orang guru sekolah dari kawasan utara Malasysia. Data kajian dianalisis dengan menghitung nilai min respons serta peratusan responden yang mengamalkannya. Hasil kajian menunjukkan bentuk pentaksiran yang sering digunakan oleh guru sekolah merupakan ujian objektif berbentuk aneka-pilihan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara guru peringkat persekolahan berlainan dalam aspek pembentukan skema pemarkahan, memberi maklum balas hasil penilaian dan penggunaan ujian bertulis dan penggunaan strategi lain. Perbandingan antara guru dari bidang pengajaran yang berlainan hanya menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian bertulis.


Atikel 3


Tajuk Jurnal     : KAJIAN KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL PENTAKSIRAN 
                             BERASASKAN SEKOLAH BAGI TAJUK DINAMIK DALAM MATA
                             PELAJARAN SAINS TINGKATAN 2

Penulis Jurnal    : NORLLY MOHD ISA & HAMIMAH ABU NAIM

Ulasan :

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MoPBeS) bagi tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. MoPBeS merupakan satu modul pentaksiran yang berfokus kepada pentaksiran berasaskan tugasan, pentaksiran dalam pembelajaran dan pentaksiran untuk pembelajaran. Kajian ini dijalankan secara 3 Fasa. Fasa pertama adalah analisis dokumen yang dijalankan terhadap kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan pentaksiran dalam bilik darjah (classroom assessment). Fasa kedua merupakan analisis terhadap tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains tingkatan 2. Fasa ketiga merupakan kajian berbentuk soal selidik bertujuan untuk meninjau pandangan guru tentang keperluan MoPBeS untuk menambahbaik perlaksanaan PBS dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil kajian keperluan ini adalah penting bagi memastikan pembinaan dan penilaian MoPBes yang akan dijalankan memberikan impak kepada pelaksanaan PBS.

PENILAIAN

Sistem Pentaksiran Prestasi pelajar sentiasa  menjadi tumpuan ahli akademik dan pengamalnya. Perkara  utama yang sering dibahas ialah bagaimana penilaian dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.

Kajian akademik menunjukkan sistem ini telah menjadi tidak berkesan bukan disebabkan oleh sistem itu tetapi pelaksanaannya. Aktikel ringkas ini akan cuba memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini.

ARTIKEL - PENTAKSIRAN

Artikel 1 Tajuk Jurnal      : PENGGUNAAN PENILAIAN FORMATIF SEBAGAI PROSES                                MELENGKAPKAN GELUNG: SATU USAH...